Isnin, 29 Disember 2014

DIY : Kad Ucapan



Pekara pertama sebelum buat :
1. Saiz kad ucapan.
2.Nak guna Sofware ape?
3. Reka lah design yang kamu semua suka.

Macam aku buat. Aku nak saiz A4 (besarr gitu). Dan mula terfikir nak design macam mana kad ucapan ni,
sebab tak pernah buat pun. Di sebab kan nak bagi hadiah dekat kawan yang baru kawin, jadi buat la.
 Lagi satu software dah ada, knp tak gunakan..

Ni Cara-cara aku buat..
Pertama aku setting saiz nya pakai adobe photoshop
Kedua Save as (supaya boleh digunakan lagi)
Ketiga, aku create border supaya tak Nampak togel sangat. (buat border ni aku pakai photoscape)
                              
ni la border nye

Keempat, mase untuk mengasah bakat anda sendiri..conteng la macam mana pun,,
janji kamu semua rasa dah lawa. Ok lah tu..

Taraaaaaaa… :-P
                                   
okayy,dah siap,simple je


p/s : aku pun baru belajar, just nak share..kalau ada tips lg boleh share..

Rabu, 3 Disember 2014

Rasa Hati

Secara tak sengaja aku tersuka dekat orang lain,tapi aku tak tahu la samaada dia suka tak dekat aku ni. Sebenarnya aku tak suka rasa macam ni,sebab aku dah ADA.(hehehe)
Peliknya bila rasa macam ni, makin di tolak rasa suka ni, makin dekat di hati.

Kenapa perasaan mesti macam ni??

Asssalamualaikum w.b.t ,

Selasa, 18 Mac 2014

Temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 (08 mac 2014)

Buat pertama kali aku dapat temuduga dari SPA, tersangatt lah teruja ,hampir lima tahun menunggu dan sentiasa update maklumat ,akhirnya baru dapat temuduga,,(ehem bru tmduga) hihihi ,poyo je..

Kali ini temuduga dalam bentuk ujian bertulis dan mengandungi tiga ujian ,

1)pengetahuan am
2)daya penyelesaian masalah
3)personaliti

Mujur alhamdullillah dapat jugak jawab soalan yang diberi ,masih ingat lagi masa belajar dulu .Sekarang dalam proses tunggu keputusan ujian bertulis tu lepass tak..semoga dipermudahkan ,,waiting 14.04.14 !

Sabtu, 1 Februari 2014

Pengalaman Temuduga

Assalamualaikum dan Selamat Malam !!

Agak lama rasanya tak update entry baru ,,sebab apa tak update sebab MALASS .Ala tak pe tak ada orang singgah pun ..

Sebenarnya ni pengalaman yang entah ke berapa kali dah ,tapi yang ni sangat sangat sangat terasa hati ..

Pada 10 January 2014 , aku dapat satu panggilan dari company A ni , suruh aku pegi temuduga pada 15 January 2014 pukul 3 petang. Maka pada hari tersebut pun tiba la ,,Aku pegi 30 minit awal, punya la semangat untuk job ni sebab aku berharap sangat nak kerja dekat dengan rumah ,

Masa aku sampai tu dah ada dua orang calon ,whatt ?? cuma tiga orang calon sahaja ,nak pakai sorang , Lupa nak bagitau temuduga jawatan apa ,kerani data entry ja. Setelah sekian lama aku menganggur lepas konvo bulan 10/2013 sampai sekarang masih tak dapat kerja ,sangat sedih .

Calon yang pertama di panggil pada pukul 2:45 ,aku dan imah ni dah berdebar ,nak tao pasal apa ? .pukul 3:30 tak kua kua lagi ,mmg bedebar ak .sempat gak aku berbual dengan imah ,aku tanya dia ada pengalaman kerja ke ? dye cakap tak de.

Akhirnya pukul 3:45 akak tu selesai , And then ,turn imah lak , imah ni umur 25 .kelulusan spm .
Pukul 4:00 ptg ,imah dah selesai ,aik !! kejap sangat ,,

Lastt ,my turn ..soalan pertama ditanya : Ada diploma kenapa mintak kerani ? Aku blur tak tao nak jawab apa , Aku jawab "sebab nak kerja, tak kisah mana-mana pun " hikhikhik ..ayat ayat yang terlintas kat kepala aku . Lepas tu dye suruh aku kenalkan diri dalammm bahasa englishh ,,hadoii ,terkejut ak ..speaking london ..ahaha ..punya la gagap aku kenal diri ..a aa bla bla ..

Sampai ada adegan nangis plak aku ,sebab aku touching dye tanya aku pasal parent ,yeahh aku anak yatim piatu .kenyataan mmg tak boleh diubah ..so sadd .Mr.Leo ni kira bos besar dekat branch ni ,dye warga filipin .boleh berbahasa english and melayu indon ..Lagi satu penemuduga aku ni bos HR ,lelaki ..orang kelantan.

Semasa sesi temuduga tu ,bos HR ni cakap nak ambil pekerja yang tak de pengalaman ,aku dalam hati bersyukur la..dye ada bg tao 2 orang calon td tu ,sorg ad pengalaman dan sorg tad de ..sengit jgak ni ..

pukul 5 ak selesai ,soalan terakhir aku tanya ,,keputusan boleh tao bila ,dye ckp pling lama 2 minggu ..

Jadi tunggu la aku ,seminggu sudah berlalu ,,pada hari jumaat kawan aku ada call tanye dapat tak job yg interview hari tu ,aku ckp tak ada lagi ..knp ? dye ckp kawan kakak dye dpt kerja kat situ ..waaaaaa ,,(nengung kjap ak) aku berharap sangat nak dapat ..kawan ak ckp sabar la,tak de rezeki la tu , dan lg satu dye ckp "dye pakai kabel" waaa lg aku geramm ,nak tao sape dapat ? cuw teka ..hihihi imah tu la, hairan ak ..

Aku redho ,tak pe la ,tak ad rezeki ak agaknya kat sini..mmg aku tak leh lupa pengalaman ni ,,interview yang akan datang aku akan prepare ayat power power punyer ,,yeahhh ,,u can do it !!

Wish Me Luck!!

Rabu, 1 Januari 2014

Mario Maurer

Biodata Mario Maurer


Siapakah? angkat tangan sape tak kenal mamat ni, (rugi klau tak knl)...handsome sangatt..dahdah ak tak nak cite panjang, jom kita tengok biodata mamat handsome berasal dari thailand ni..


ni cover citer A Little Thing Called Love

#Mario Maurer lahir di Bangkok, Thailand pada tarikh 4 Disember 1988. Tinggi badan : 180 cm
#Mario Maurer memulakan kerjayanya di dunia entertainment sebagai model, bintang iklan, dan model video klip saat ia masih berusia 16 tahun. 
#Namanya mula dikenali pada tahun 207 , saat Mario bermain sebagai pelakon utama di filem "The Love of Siam" yang digelar sebagai "Pelakon Terbaik" dalam ajang Cinemanila International Film Festival dan beberapa festival yang lain. Peranan Mario sebagai Tong, pemuda straight yang dibebani banyak masalah dalam filem "The Love of Siam" membuahkan hasil dan mendapat pujian dan membuat namanya popular. bahkan ia sampai terkenal ke luar Thailand.
#Mario berdarah campuran jerman-thailand
#Ayahnya, Roland yang berbangsa Jerman adalah seorang pengeksport deodoran yang diperbuat dari alum. Sedangkan ibunya yang bernama Warunya, berbangsa Thailand etnik Tionghoa. Sementara kakaknya, Marco Maurer yang lahir di Jerman, adalah seorang rapper. Mario kini khabarnya sedang menjalin kasih dengan pelakon Sumontip Leuangthai. 
#Selain menjadi pelakon dan model, Mario Maurer juga bernyanyi, namun hingga saat ini ia belum pernah mengeluarkan album.






Filem yang pernah dibintangi Mario Maurer antara lain:

Pelakon utama filem 'Love of Siam' bersama Best Aticha Pongsilpipat, Pchy Witwisit Hiranyawongkul dan Tam Kanya Rattanapetch (2007) 
#Extra dancer di filem 'Step Up 2 - The Streets' ( American movie, 2007) 
#Pelakon utama filem 'Friendship' bersama Saiparn Apinya Sakuljaroensuk dan Chalermpon Thikumporn-teerawong (2008) 
#Pelakon utama filem '4 Romance 'Episode: joob bersama Saiparn Apinya Sakuljaroensuk (2008) 
#Pelakon utama filem 'Buppah Rahtree Phase 3.1' bersama Ploy Chermarn Boonyasak (2009) 
#Pelakon utama filem 'Buppah Rahtree Phase 3.2' bersama Ploy Chermarn Boonyasak (2009)
#Pelakon utama filem 'First Love: Crazy Little Thing Called Love' bersama Fern Pimchanok Leuwisedpaiboon (2010)
#Pelakon utama filem 'The Dog' bersama Pakorn Chatborriruk dan Koteee Aramboy (2010) Pemeran Utama filem 'Saranair Siblor' bersama Chompoo Araya A. 
#Hargate dan Willie Ruengrit McIntosh (2010)
# Pemeran utama film 'Saranair Hen Pee' (2010) 
#Pemeran utama film 'Bangkok Kungfu' (2011) 
#Pemeran utama film 'First Love 2 : The Sequel - 9 Years Gone' bersama Fern Pimchanok Leuwisedpaiboon (2011)
# Pemeran utama film 'Love Summer' bersama Fern Pimchanok Leuwisedpaiboon (2011) 
#Pemeran utama serial drama 'Autumn Destiny' (2010) 
#Pemeran utama serial drama 'Tai Fah Tawan Diow' bersama Chat Pariyachat dan Ploy Tanida Tanawuth (2010) #Pemeran utama serial drama 'Plerng Torranong' bersama Taew Nataporn (2011) 

Video Klip (Music Video) yang pernah dibintangi Mario Maurer antara lain : Model video klip lagu 'Gunjae Tee Kai Pai', penyanyi : Palmy (2006) Model video klip lagu 'Pak Dee Khee Ngao Aao Tae Jai', penyanyi : Mila (2007) Model video klip lagu 'Bok Hai Roo Wa Rak Thur', penyanyi : Dunk Pankorn (2007) Model video klip lagu 'Hai Chan Rak Thur', penyanyi : Yui NopApa (2007) Model video klip lagu 'Dai Yin Mai', penyanyi : Da Endophine (2008) Model video klip lagu 'Kid Tueng Thur', penyanyi : Mila (2008) Model video klip lagu 'Yak Gerd Pen Phoo Chay', penyanyi : Mila (2008) Model video klip lagu 'Ja Dai Jer Eek Mai', penyanyi : Trai Phumrat (Ost. film 'Friendship') Model video klip lagu 'Roo Mai Wa...Love' penyanyi : Andy Khemphimook feat.









banyak lagi,,malas nak taip..