Ahad, 16 Jun 2013

Kereta Harga Mampu Milik..Dapatkan Segera !!!

Rakyat boleh miliki kereta dengan ansuran permulaan serendah rm250 sebulan.



Kereta kompak sedan termurah di Malaysia, Saga FLX kini hampir RM5,000 lebih rendah, dengan model terbarunya iaitu SAGA SV (Super Value). Sebagai menyahut seruan pengguna, Proton telah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan model kompak sedan mampu milik dengan harga terendah di pasaran tanpa mengabaikan aspek dan ciri-ciri keselamatan yang wajib ada dalam sesebuah kenderaan.

Berkapasiti 1,300cc, Saga SV didatangkan dalam dua transmisi, iaitu manual dengan harga RM33,888dan auto (CVT) dengan harga RM36,888. Tidak banyak perbezaan aksesori yang ketara diantara model SV ini dengan model Standard, malah ianya masih mengekalkan ciri front Dual SRS AirbagElectric Power Window untuk keempat-empat pintu dihadapan dan belakang, Power Steering dan banyak lagi. Aksesori yang TIADA pada model SV ini berbanding model Standard ialah door visor, coil mat ditukar kepada carpet mat, trunk lid carpet, luggage tray, first aid kit, safety triangle dan exhaust muffler cutter.




P/s:  Model Saga SV ini memang berbaloi dengan harganya yang sangat berpatutan dan mampu, sesuai untuk mereka yang berpendapatan sederhana atau yang baru bekerja, memandangkan ruang bonet belakang yang agak luas dan jimat minyak, ataupun untuk mereka yang mencari kenderaan untuk dijadikan kereta kedua.

Ahad, 9 Jun 2013

Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Di Malaysia 2013

                                         
Sedar tak sedar tinggal sebulan saja lagi sebelum tibanya bulan Ramadhan 2013. Jadi bagi sesiapa yang belum qada' puasa tahun lalu segeralah qada' sebelum bulan puasa 2013 membuka tirainya.

Bulan puasa tahun 2013 ,1 Ramadhan 1434 jatuh pada 10 Julai 2013 (Rabu).

Namun begitu, tarikh bulan puasa belum diumumkan lagi..tertakluk pada perubahan.



Doa Niat Puasa & Buka Puasa
                                

p/s:harap pengunjung suka entry ini..

Khamis, 6 Jun 2013

Beli Kereta Guna Kad Diskaun Siswa!!!

skim graduan

SENARAI HARGA SKIM GRADUAN 2013

Kadar faedah untuk skim ini adalah
3%-7 tahun
2.9-3.1%-9 tahun

Kelayakan :-

Skim ini tidak perlu penjamin,kelulusan pinjaman adalah berdasarka gaji pokok pemohon.

 1.Berumur antara 20 hingga 30 tahun.
 2.Berkelulusan diploma,ijazah dan kelayakan Profesional dari institusi yang di iktiraf *
 3.Sudah mula bertugas (kalau belum mempunyai penyata gaji sila beri surat tawaran jawatan.

Terma dan syarat utama :-

  1. Margin pembiayaan sehingga 100%, tempoh pembiayaan sehingga 9 tahun.
  2. Insuran hendaklah dari mana-mana syarikat Takaful Insuran. Premium Insuran hendaklah tidak kurang dari jumlah pinjaman.
  3. Tempoh pembiayaan sehingga 9 tahun**
  4. Kadar keuntungan yang menarik*
  5. Agreement pinjaman hendaklah ditandatangan di PPA KL atau mana-mana cawangan Bank Islam
  6. Dokumen asal hendaklah dibawa untuk tujuan pengesahan oleh kakitangan Bank Islam (Semasa tandatangan Perjanjian)


Dokumen sokongan yang diperlukan
     1.  Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu
     2.  Slip gaji 3 bulan terbaru (Tiada penyata gaji pon boleh , asalkan dah mula bertugas dan mempunyai surat tawaran jawatan)
     3.  Surat Tawaran jawatan Kerja (offer letter)
     4.  Salinan Skrol atau Transkrip dari Universiti




*  Tertakluk pada syarat dan terma
**Bergantung pada kelayakan


PERHATIAN :

SKIM INI TIDAK LAYAK UNTUK PELAJAR YANG MASIH MENUNTUT DI PUSAT PENGAJIAN TINGGI. SKIM INI HANYA LAYAK KEPADA LEPASAN IJAZAH DAN DIPLOMA SAHAJA.