Ahad, 22 Disember 2013

Tajuk : Menghilang + konvokesyen + sibuk


Salam ..harap sihat semua ..dah lama tak buka blog(tak bukak pun tak pe, coz tak de org cari gak ) kan? kan?..
Apa kena dengan tajuk entry ...haaa..meh sini  , yang jauh mari dekat-dekat..
 1st - menghilang , g ane? maklumlah musim tengkujuh ni ,gangguan line broadband aku ni ,sakit hati bebenor          teman..Alhamdullillah , semuanya hampir reda ,ujian daripada-Nya. Nasib baik rumah tak banjir ,                  kalau tak lagi haru wooo.

2nd - Konvokesyen UTM yang ke-51 pada 28 okt 2013 ,dah lepas daaa..Aku sibuk menguruskan hal-hal            yang penting berkaitan dengan majlis yang dah selesai berlangsung ni ...tapiiii tak sempat nak ambik             gambar banyak-banyak , walau apa pun aku dah grad..syukur ,alhamdullillah...

3rd - Sibuk...ehehehhe..bz la cari kerja..aku tak nak duk lama-lama kat umah..boringggg...makan + tidor              amalan wajib aku setiap hari. Susah jgak nak cari kerja...Sambung belajar??? tak mungkin..kenapa??            tak nak lah, aku dah malas nak belajar..nak cari kerja pulak..

                                                  Kalau sudi tengok, silakan la


tak de lah menawan sangattt, just simple



with my best friend, miss u damn much lya !



editing, using photoshop sofware




kenangan abadi



saja nak kongsi kenangan bersama kawan-kawan..
(mintak maaf kalau tak suka entry ni)





Sabtu, 2 November 2013

Boringg !!

 Bosan sangat tak tahu nak buat apa...

Bila di godek-godek laptop ni ..aku jumpa nii (jom tengok)
|
|
|
|
|
|
|
V


mood : tak sabar nak balik



di pagi hari ,time nak g kerja




hari jumaat, dekat masjid.




time ni last day aku kerja kat kedah




just smile


Hehehe ,,boring kot..entah apa tah upload pic...malam ni sangat membosankan..btw pic ni akan jadi kenangan dalam hidup aku ,nak tahu sebab apa?? jeng jeng..time ni aku pergi kerja kat kedah sebelum balik raya haji..tapi apakan daya..aku tak minat kerja tu dan aku dapat pengalaman yang banyak walaupun kerja tak lama..

Jumaat, 1 November 2013

Lama

Agak lama tak buka blog ni..aku kesibukan...dan broadband aku kena potong,,hihihi..

Alhamdullillah semuanya dah selesai..ape??. Aku dah konvo la..dah lama kot aku tunggu...taip gambar tak de dengan aku la....xkisah la..janji dah grad,,,

Soo,lepas ni time cari kerja...,,moga-moga di permudahkan...

Sabtu, 31 Ogos 2013

Sedih



Sedihnya rasa hari ni , bf aku dye chat dengan sepupu dye kat facebook . Ada la dalam 3 bulan dah ..Mula-mula chat aje ,tapi 2 hari lepas mintak num fon . Bf ada bagitahu ,tapi aku asyik cemburu ja . Dye cakap sepupu ja la ,tak kan nak cemburu kot .Aku cakap sepupu pun orang jugak .Kadang-kadang aku terfikir bila baca chat dia orang tu . Kalau gurau dengan aku pun tak macam tu tau , hantar chat pun cam tu jugak . Kalau sepupu dye tak hantar dulu chat ,mesti dye hantar . Kalau dengan aku jangan harap la dye nak hantar dulu , sms ke?.call ke?..chat fb ke?..mesti aku dulu yang nak kena mulakan. Nampak macam aku pulak yang terhegeh-hegeh kat dye kan? .Kadang aku tension jugak bila di fikirkan , geram ad ,sakit hati ,tak puas hati , tapi aku ni jenis yang tak suka merajuk dan marah-marah . So , aku diamkan aje .malas nak gaduh-gaduh. Kalau aku tanya macam-macam mula la dye nak marah ,cakap tak percaya kat dye .Bukan masalah tak percaya , aku cuma nak tahu aje .aku tak marah kalau dye jujur ,cakap benda yang betul .

Sampai satu tahap aku rasa macam nak berambus ja dari hidup dye . Pernah jugak terfikir nak mintak break, tapi aku tak sampai  hati .Lain la kalau dye yang cakap nak break .aku terima dengan redha .Tapi dye susah nak cakap benda-benda macam tu . Aku konfius la , apa harus ak buat ?. Sedih tau ..Bila sedih macam ni ,macam-macam aku terfikir...


p/s: what should i do???..help me pleaseeee


Jumaat, 30 Ogos 2013

Kereta Pakej Graduan



Kereta pakej graduan , aku nak try amik kereta guna pakej ni..Ok tak?. Sebab aku senang aku nak pergi mana-mana kalau ada urusan. tak payah nak harap kat orang ja kan. Aku ada survey kat blog-blog yang jual kereta guna pakej ni , dan ada testimoni pelenggan yang berurusan dengan dealer ni ,perkhidmatan yang diberi memang bagus dan tak mengecewakan pelanggan..yang aku berkenan tu ada servis pintu ke pintu tu..haha..amacam?.ok x?

kalau ada sapa-sapa yang berminat nak cari kereta tu jom survey kat sini...aku malas ak citer panjang..





Godek-Godek


Ape khabar korang semua ?.Sihat Tak ?...Alhamdullillah semoga kesihatan kamu semua baik-baik ,sihat selalu. Semuanya datang daripada-Nya ,semoga kita tabah menghadapinya.. 

Kali ni aku nak godek-godek tutorial nak ejas blog aku ni biar cantik sikit , tak de la macam kayu ja aku tengok.Aku ada melawat blog-blog yang sediakan tutorial .tapi tak macam yang aku inginkan . Jadi ,nampaknya aku kena la godek-godek sendiri . Jadi ke tak jadi len citer..hahahh..Aku nak try dulu buat.

p/s :cantik tak salam aku tu ,hehehe ..(ayat nak promot lattew)

Selasa, 27 Ogos 2013

Rezeki

Alhmdulillah ,syukur..berkat sabar dan usaha..akhirnya dapat gak kerja..2/9 ni aku mula kerja..ape jawatannya??..mesti korang tertanya-tanya kan?.haa ha..aku dapat eksekutif pemasaran dekat syarikat komputer, aku tak mintak pun jawatan ni..tapi pihak company yang bagi..tibai je la..

                              
                          #macam ni ke gaya eksekutif pemasaran??.

Lagipun ,company ni ada buat konsep belajar sambil kerja.Itu yang buat aku tak terrr agak-agak mohon itu hari..maklumla aku ni tak de pengalaman kerja..lagi satu ada sediakan penginapan tuk yang rumah jauh-jauh..aku jauh ke rumah dgn tempat kerja ni?.hii hi..aku dekat ja tapi aku mintak stay hostel sbb aku tak de kenderaan sendirian berhad punya..kesian kn aku..sob sob..

Tapi takpe ,masa ni la tuk aku berusaha bangkit untuk memajukan diri aku..
Hahh ! lagi satu sapa yang ada pengalaman dalam bidang ni , mintak share sikit untuk persediaan mental dan fizikal aku..dah puas search kt google..jawapan yang menghampakan.. :-(

Jumaat, 16 Ogos 2013

High Heels

Aihh,,apa tajuk entry kali nih..hahha..ni la aku nak citer.."sebenarnya saya isteri dia"..hahaha..ape la buat lawak tp xlawak (sajesaje nak menmen ngan korang)..jgn marah ekk..ni ha act'y aku teringgin sangatt nak pakai heels tp aku takot jlan kengkang..
              
*aku cilok pic dr pak cik gugel...cantikkan..

Aku ni tinggi 160cm..agak2 korang aku bley pkai x heels ni..ni la slah satu faktor aku tkot nak pakai heels..mse aku bljar dlu ad gak aku nak pkai ,tapiiii aku ad sorang roomate ni..meh kat bawh ni aku wat dialog

aku : aku nk try pkai heels la
roomate : kau 2 dh la tinggi ,xlwa la nak pkai heels
aku : (sentap woo wa ckp lu)..putus angin aku ngn dye sorg ni..ala pramugari pown tnggi gak,tp cntik jw pkai heels.
roomate : cbe tgk body kau ngn pramugari 2..(i think lbey krang jw,,ayt prsan woo)
aku : k,aku ngku pertumbuhan badan ak ni agak kasar skit..
(lastlast ak senyap ja,,sentap la kta'n)


Dah puas aku search kat tenet,tp xjmpa yg kena ngn jiwa raga aku ni...dah boring cari, aku pakai kasut flat aje..lg simple..nak lari pown senang'n..hahahhaha

p/s: tolongg bg info kt aku sapasapa yg expert dlm pakai heels ni.. 


Khamis, 15 Ogos 2013

KERJA

Tolong la,,ak nak kerja la..dah puas mintak kerja, hantar resume la..tp still xdapat gak..mcm mane ni..bulan 10 ni nak konvo,,mne nak cri duit..kawan-kawan tolong ak..ak stay kt terengganu..if ad job kosong info ak..pleaseeeee...(mood merayu)


Selasa, 9 Julai 2013

Ramadhan

Lamanya tak buka blog..agak sibuk kebelakangan ini..ni baru berkesempatan nak terjah blogblog kamu semua..

Esok dah mula puasa..aku ingat nak buat kuih nak jual ,boleh jana duit sikit..nak tambah modal cari baju raya.hahaha..memandangkan aku belum ada kerja tetap..lagipun bosan tak ada buat apa kat rumah..

Orang kata "Bulan Puasa Bulan Rezeki"..hehehe..betul tak??

Aku harap kehadiran bulan Ramadhan 2013 ini memberi seribu rahmat kepada aku dan keluarga..Aminn

Ahad, 16 Jun 2013

Kereta Harga Mampu Milik..Dapatkan Segera !!!

Rakyat boleh miliki kereta dengan ansuran permulaan serendah rm250 sebulan.



Kereta kompak sedan termurah di Malaysia, Saga FLX kini hampir RM5,000 lebih rendah, dengan model terbarunya iaitu SAGA SV (Super Value). Sebagai menyahut seruan pengguna, Proton telah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan model kompak sedan mampu milik dengan harga terendah di pasaran tanpa mengabaikan aspek dan ciri-ciri keselamatan yang wajib ada dalam sesebuah kenderaan.

Berkapasiti 1,300cc, Saga SV didatangkan dalam dua transmisi, iaitu manual dengan harga RM33,888dan auto (CVT) dengan harga RM36,888. Tidak banyak perbezaan aksesori yang ketara diantara model SV ini dengan model Standard, malah ianya masih mengekalkan ciri front Dual SRS AirbagElectric Power Window untuk keempat-empat pintu dihadapan dan belakang, Power Steering dan banyak lagi. Aksesori yang TIADA pada model SV ini berbanding model Standard ialah door visor, coil mat ditukar kepada carpet mat, trunk lid carpet, luggage tray, first aid kit, safety triangle dan exhaust muffler cutter.




P/s:  Model Saga SV ini memang berbaloi dengan harganya yang sangat berpatutan dan mampu, sesuai untuk mereka yang berpendapatan sederhana atau yang baru bekerja, memandangkan ruang bonet belakang yang agak luas dan jimat minyak, ataupun untuk mereka yang mencari kenderaan untuk dijadikan kereta kedua.

Ahad, 9 Jun 2013

Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Di Malaysia 2013

                                         
Sedar tak sedar tinggal sebulan saja lagi sebelum tibanya bulan Ramadhan 2013. Jadi bagi sesiapa yang belum qada' puasa tahun lalu segeralah qada' sebelum bulan puasa 2013 membuka tirainya.

Bulan puasa tahun 2013 ,1 Ramadhan 1434 jatuh pada 10 Julai 2013 (Rabu).

Namun begitu, tarikh bulan puasa belum diumumkan lagi..tertakluk pada perubahan.



Doa Niat Puasa & Buka Puasa
                                

p/s:harap pengunjung suka entry ini..

Khamis, 6 Jun 2013

Beli Kereta Guna Kad Diskaun Siswa!!!

skim graduan

SENARAI HARGA SKIM GRADUAN 2013

Kadar faedah untuk skim ini adalah
3%-7 tahun
2.9-3.1%-9 tahun

Kelayakan :-

Skim ini tidak perlu penjamin,kelulusan pinjaman adalah berdasarka gaji pokok pemohon.

 1.Berumur antara 20 hingga 30 tahun.
 2.Berkelulusan diploma,ijazah dan kelayakan Profesional dari institusi yang di iktiraf *
 3.Sudah mula bertugas (kalau belum mempunyai penyata gaji sila beri surat tawaran jawatan.

Terma dan syarat utama :-

  1. Margin pembiayaan sehingga 100%, tempoh pembiayaan sehingga 9 tahun.
  2. Insuran hendaklah dari mana-mana syarikat Takaful Insuran. Premium Insuran hendaklah tidak kurang dari jumlah pinjaman.
  3. Tempoh pembiayaan sehingga 9 tahun**
  4. Kadar keuntungan yang menarik*
  5. Agreement pinjaman hendaklah ditandatangan di PPA KL atau mana-mana cawangan Bank Islam
  6. Dokumen asal hendaklah dibawa untuk tujuan pengesahan oleh kakitangan Bank Islam (Semasa tandatangan Perjanjian)


Dokumen sokongan yang diperlukan
     1.  Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu
     2.  Slip gaji 3 bulan terbaru (Tiada penyata gaji pon boleh , asalkan dah mula bertugas dan mempunyai surat tawaran jawatan)
     3.  Surat Tawaran jawatan Kerja (offer letter)
     4.  Salinan Skrol atau Transkrip dari Universiti




*  Tertakluk pada syarat dan terma
**Bergantung pada kelayakan


PERHATIAN :

SKIM INI TIDAK LAYAK UNTUK PELAJAR YANG MASIH MENUNTUT DI PUSAT PENGAJIAN TINGGI. SKIM INI HANYA LAYAK KEPADA LEPASAN IJAZAH DAN DIPLOMA SAHAJA.

Sabtu, 25 Mei 2013

Kenangan


~Rindu nak main olahraga masa zaman sekolah dulu...tiap-tiap taon xpernah x join sukan kat sekolah..msty nak jew..hahaha

                           #this memory at UUM Sintok,Kedah|Acara Lompat Jaoh|Pingat Emas|Wakil Kontinjen           Terengganu                                                                     


|sebenarnya ak bosan..xtao nak buat ape..

Jumaat, 24 Mei 2013

Tutorial Ubah Cursor Blog


Menukar cursor dapat menghilangkan rasa bosan melihat cursor default yang digunakan oleh komputer anda.Atau mungkin anda inginkan sedikit kelainan pada cursor berbanding cursor biasa.


                                               

Jom ikut tutor kat bawah ni...senang ja..

1.Buka website http://www.cursors-4u.com/


2Pilih cursor kesukaan anda. !pastikan anda TIDAK mengambil cursor yang jenis animated,kerana ia hanya berfungsi dalam IE !



3.Copy code yang diberikan. Contoh kod adalah seperti berikut. Kemudian DELETE kod yang telah diwarnakan seperti dibawah.
<style type="text/css">body, a, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/cursors/cur-2/cur116.cur), progress;}</style><a href="http://www.cursors-4u.com/cursor/2008/12/17/cool-blue-outer-glow-pointer.html" target="_blank" title="Cool Blue Outer Glow Pointer"><img src="http://cursors-4u.com/support.gif" border="0" alt="Cool Blue Outer Glow Pointer" style="position:absolute; top: 0px; right: 0px;" /></a>

4.Kod akhir sepatutnya kelihatan seperti ini sahaja.

<style type="text/css">body, a, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/cursors/cur-2/cur116.cur), progress;}</style>

5.Kemudahan dari dashboard anda  >design > add a gadget> HTML/javascript,pastekan kod diatas diruangan tersebut.


6.Save dan lihat hasilnya.
.

Mudah bukan ;-)...simple saja...enjoyyy

Jagung Maniss

Assalamualaikum sume..hari ini aku nak kongsi la resepi jagung manis ak buat..dah lame nak buat,teringin sangatt..ni ha baru boleh buat.


                            
                   ~yummy,kecur air liur..ahaks...sedapp...kt bwh ni ak nk kongsi dgn korang resepi nk buat jgung                           manis ni...kpd kakak" abang" adik" yg dah pandai buat toksah layan la entry ni..hehehe...sy budak baru belajar...klau slh tegur" lah ye..

Bahan" :
jagung (biasa'y kat supermarket ad jual)..klau xnk yg kt supermarket g lah tanam jagung...hehe..grau je..
susu pekat krimmer manis
butterr
garam skitt..

Cara" :
1.Rebus la jagung 2 dlu smpai masak jagung'y...
2.Dalam bekas len cmpur butter,susu pekat krimmer manis dan jagung...(sukatan suka hati korang la brape..ikut bajet brpe org nak mkn)
3.Kacau kesemua bahan tersebut sehingga sebati dan campurkan sedikit gram..
4.Ape lg mkn la..hahaha...enak d'mkn pnas"


P/S:Selamat Mencuba!!!!!

Rabu, 22 Mei 2013

Kedamaian



~Inginkan kehidupan yang tenag dan damai sambil menikmati keindahan alam semulajadi yang indah ciptaan-NYA..
~Sesuai untuk meluangkan masa dengan keluarga boleh merapatkan hubungan silaratulrahim..
~sy sebenarnya tak pandai nak menulis,,tp boleh la sikit-sikit bak kata org terengganu "buleh la udoh-udoh"..

Rabu, 1 Mei 2013

Kerja

..Kerja,kerja.kerja...boring...xde kerja ksong ke??..mohon bantuan...area terengganu...

Selasa, 16 April 2013

Daftar Undi Online

Spe" y dah ckup umor tu silalah daftar undi bagi y blum mendaftar..


         Daftar Undi



Pendaftaran mengundi, daftar pemilih, Bagaimana hendak daftar undi? itu persoalan yang timbul. Mungkin ramai lagi antara kita yang tidak tahu bagaimana hendak mendaftar undi. Mungkin dah banyak sebaran tentang bagaimana untuk mendaftar sebagai pemgundi, tetapi mungkin ramai yang masih kurang pasti mungkin kerana terlalu banyak tempat pendaftaran yang boleh dibuat.

Untuk pengetahuan,  dalam akhbar Berita Harian menyatakan ada pendaftaran online, petikan nya seperti dibawah :
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai hari ini menyediakan kemudahan pendaftaran sebagai pemilih secara online dengan memuat turun Borang A menerusi laman web www.spr.gov.my.
Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata kemudahan memuat turun Borang A secara online itu bertujuan menggalakkan lebih ramai warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas mendaftar sebagai pemilih.
“Kemudahan ini disediakan kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) dan orang ramai, kemudahan ini juga membolehkan semua PPP yang dilantik SPR muat turun borang A mengikut keperluan mereka,” katanya dalam satu kenyataan yangdikeluarkan di sini hari ini.
Tapi bagaimana cara nak daftar online? kalau menurut akhbar Berita harian ada memberitahu sedikit cara pendaftarannya :



Menurutnya warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh memuat turun borang tersebut, bagaimanapun, pemohon dihendaki membuat salinan Borang A untuk simpanan mereka sebelum menghantar borang tersebut ke kaunter-kaunter pendaftaran pemilih SPR.
Mungkin pendaftaran online yang dimaksudkan ialah dengan secara online mendownload borang A. Kalau begitu, hasil dari tinjauan ke web SPR bahawa cara mendaftar online adalah seperti dibawah :
1.Lawati Laman web http://www.spr.gov.my/
2.Download borang dengan klik di butang ” Muat Turun Borang A ” atau klik sini
3.Anda akan dinyatakan syarat pemohonan dan diberi pilihan 3 jenis kategori seperti parti politik, wakil jabatan, individu.
4.Jika pendaftaran individu boleh download di sini
5.Isi borang tersebut, Hantar sendiri borang permohonan ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau melalui Penolong Pendaftar SPR * Pejabat pos? itu aku tak pasti.
6.Jangan lupa kepilkan sekali salinan kad pengenalan bersama borang permohonan tadi, jangan lupa simpan salinan permohonan untuk rujukan.



Sumber :Daftar Undi Online